“Kalau ayah hulur apa-apa, ambik je.. Kalau tolak, nanti dia akan terasa..” -Netizen
DRAMA air mata sering berlaku tatkala seorang anak terpaksa berpisah serta perlu hidup berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga kerana perlu melanjutkan pengajian.
Begitulah juga yang berlaku dalam keluarga Ain Muslim apabila adiknya mendaftarkan diri sebagai pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah yang mana rakaman adegan menyentuh hati dikongsi di TikTok sebelum tular.
“Belajar elok-elok Kak Teh,” tulis Ain di ruangan kapsyen video.
Tangkap layar video tular.
Menerusi video itu, dapat dilihat momen syahdu seorang gadis tidak dapat menahan sebak ketika bersalaman dengan bapanya, sambil disaksikan ahli keluarga yang lain.
Gadis berkenaan yang mesra dengan panggilan Kak Teh kelihatan terharu menerima sekeping wang kertas, dipercayai bernilai RM50 daripada bapanya.
“Tak cukup duit, cakap (pesan abah pada Kak Teh).
“Kasih ibu hingga ke syurga, kasih abah sepanjang masa,” kata Ain yang turut tersentuh menyaksikan momen tersebut.
Seperti yang dipaparkan dalam video, bapa mereka pada mulanya duduk di kerusi roda ketika menghantar Kak Teh ke kolej.
Bagaimanapun, ketika Kak Teh bersalam salaman sebelum berpisah dengan ahli keluarga, bapanya dilihat menggagahkan dirinya bangun lalu mengeluarkan wang dari dompetnya.
Ayah memang tak boleh tengok anak-anak susah.
NETIZEN
“Cukup (duit)…” kata Kak Teh kepada bapanya sambil mengesat air mata.
Video tersebut meraih 700,000 jumlah tontonan di TikTok selepas dikongsikan oleh Ain pada Selasa.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak kerana momen tersebut mengigatkan mereka kepada bapa masing-masing.
Komen netizen di TikTok.
“Auto ‘banjir’ kalau bab ayah ni. Ayah saya Allah dah ‘ambil’. Ayah memang tak boleh tengok anak-anak susah.
“Belajar baik-baik dan jaga diri ye. Kenang jasa mak abah yang banyak berkorban untuk kamu. Semoga kamu berjaya dalam bidang kamu ceburi dan balas jasa mereka.
“Ayah saya pun tak berapa sihat. Nak sambung belajar pun tak sampai hati sebab anak sulung. Abang dan kakak tak ada nak minta tolong. Tapi tengok orang sambung belajar, saya tumpang gembira,” komen beberapa netizen.
VIDEO:
@ain_muslim10“Tak cukup duit, cakap”-abah🤍 Kasih ibu hingga ke syurga, kasih abah sepanjang masa😭 Belajar elok elok kakteh💪🏼♬ Bukan Yang Pertama – Arie & The Project
Kredit-mstar