“Angah Umum Tarik Diri Sebagai Peyampai Radio ‘Sinar FM’..Punca Nya Ternyata Mengejutkan!!

 “Saya ambil keputusan berhenti dari radio Sinar.”

Demikian perkongsian pelawak, Angah yang mengambil keputusan mengundurkan diri sebagai penyampai radio Sinar FM atas faktor kesihatan.

Kata Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim, 46, dia kerap mengambil cuti akibat masalah kesihatan sekali gus bimbang membebankan rakan sekerja.

“Saya ambil keputusan untuk berhenti dari radio Sinar. Tidak tahu sama ada sekejap atau lama.

“Kadang-kadang saya cuti, takut orang ingat benda main-main padahal ini mengenai kesihatan.

“Selagi tidak sihat, tidak mahu berlarutan seperti bangun pagi tiba-tiba sakit terpaksa bercuti sehingga ganggu kawan-kawan,” katanya dalam segmen Pagi Di Sinar bersama rakan penyampai Jep dan Rahim.

Bagaimanapun, Angah tidak menjelaskan secara terperinci penyakit dihidapi sehingga mengambil keputusan berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio.

Malah, pelakon filem Adnan Sempit itu memaklumkan, dia masih memerlukan pekerjaan tetapi enggan komitmen terganggu disebabkan masalah yang dihadapi.

“Saya memang nak kerja, saya tak datang bukan saja-saja tetapi fasal saya sakit,” ujarnya.

Sebelum ini, bekas peserta program Raja Lawak itu pernah mendedahkan dia berdepan masalah diabetes selain darah tinggi.

Kredit– KOSMO

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.