Kami dengan rela hati – Kata2 anak Rita Rudaini jadi perhatian

Pelakon Rita Rudaini hadir ditemani dua anak terunanya iaitu Airit Ryyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam ini.
Rita yang tercalon dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 mengenakan gaun berwarna hitam sedondon dengan dua anak lelakinya itu.

Rita pertama kali memenangi anugerah sepanjang karier sebagai pelakon.

Ryyan dan Airit ketika ditemui mengakui dengan rela hati menemani ibu mereka dan mengharapkan kejayaan milik Rita.

“Saya harap mummy dapat anugerah malam ini, ” kata Ryyan.

Sementara itu Qaqa turut mengharapkan kemenangan menjadi milik ibunya kerana menyifatkan Rita sebagai yang terbaik.

Rita anggap pengiktirafan diterima sebagai menumpang rezeki dua orang anaknya.

“Saya harap mummy menang sebab mummy ‘the best’, memang saya yang tawarkan diri untuk teman mummy malam ini,” kata Qaqa.

Rita pula yang tampil anggun dengan gaun hitam berkata dia meminta kedua-dua anak tersayang untuk menemaninya.

“Saya yang ajak mereka ikut dan mereka berdua sedia menemani saya,” katanya.

Rita berentap malam ini dengan empat lagi calon finalis iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Puteri Sarah Liyana dan Bella Hanna.

[redirect url=’https://s.shopee.com.my/2ft55gnuKQ’ sec=’80’]