” Kenapa air mata keluar ni. Abby memang ibu yang hebat.. ” – Komen Netizen

Norman Hakim Kongsi Video Pertemuan Abby Abadi Dan Marissa Dania Hakim Buat Warganet Tersentuh. Sebaknya Tengok Abby Peluk Dan Cium Marissa, Terlerai Rindu Seorang Ibu !!

Pada perkongsian Abby Abadi terdahulu, ada dipaparkan Abby membuat satu sesi photoshoot dan model wanita tersebut saling tak tumpah seperti wajah anaknya, Marissa Dania Hakim. Abby memeluk model itu dan tanpa sengaja menangis kerana terlalu rindukan Marissa yang sudah lama tidak ditemuinya.

Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka sekeluarga berkumpul untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran anak ketiga Abby, Maria Danisha Hakim. Pada awal video, kelihatan kelibat Marissa Dania hadir untuk turut sama meraikan hari lahir adiknya itu.

Kehadiran Marissa disambut dengan pelukan oleh Norman. Setelah itu, Marissa menuju ke arah Abby dan terus memeluk Abby. Hati dan naluri seorang ibu walau sepedih mana pun dilukai oleh anak, pastinya tetap selalu memaafkan anak.

Abby kelihatan memeluk erat Marissa dan mengucup berkali-kali Marissa. Terlerai rindu Abby terhadap Marissa dan moment ini menyentuh hati ramai warganet. Komen warganet, Abby seorang yang kuat dan merupakan nadi sebenar keakraban keluarga ini. Akhirnya semua bersatu kembali seperti sediakala.

Jom tonton video di bawah :

Abby turut berkongsi video di akaun Instagram miliknya :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Selalu sekecil mana pun hati abby, tetap dia maafkan anak dia walau anak berkali buat silap. tba2 menangis tengok video ni.. “

” Watak utama dlm keluarga besar ini adalah Abby abadi .dialah yg mencorakkan segala kebaikan dlm keluarga ni.dia sanggup berkorban untuk orang lain. klau sy rasanya x mampu sebaik Abby.. “

” Seorang abby abadi yang kuat.. Sebak plk tgk. keluarga besar yg sentiasa Allah uji tp ended up tetap bersatu wlu apa skli pn yg berlaku. semoga Allah angkat darjat family besar ini ats setiap ujian setiap kesabaran dlm keluarga kalian.. “

” Abby seorang yg pemaaf mulia hat dia dari dlu hingga skrg. Kalau org lain mngkin tak sekuat dan pemaaf mcm Abby wlaupun Luka berkali-kali.. “

” Kenapa air mata keluar ni.. happy birthday baby.. Abby memang emak yang hebat.. salute pada abby.. “

” Mengalir air mata ibu sy tgok video ni.. walaupun muka dia biasa td ati abby amat kecewa dan sedih.. moga baik2 Je utk mereka.. abby mmg kuat.. “

” Alhamdulillah kembali bersama.. Semoga yg baik baik shj buat keluarga ini.. Happy Birthday baby.. “

Alhamdulillah segala syukur kepada Allah kerana Dia lah yang menyatukan dan melembutkan hati semua. Semoga kebahagiaan dan keakraban keluarga Abby, Norman dan Memey ini sentiasa berkekalan sampai bila-bila dan dirahmati Allah selalu.

 

Sumber : IG Norman Hakim, IG Abby Abadi