Komen Nabil tentang hubungannya dengan Elly Mazlein
Setelah umum undur diri dari All Star Gegar Vaganza, pengacara Elly Mazlein mengejutkan orang ramai dengan satu hantaran di laman media miliknya.
Elly yang dikenali dengan nama gelaran Kak Lina, menulis luahan hati, seakan kurang senang dengan seseorang tentang pengundurannya dari rancangan tersebut.
Ini sekaligus mengundang tanda tanya dari warga maya, apakah sebenarnya yang terjadi.
Kini Gegar Vaganza diteruskan dengan dua pengacara asalnya iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse.
Tentang isu Elly Mazlein, akhirnya salah seorang hos GV iaitu Nabil Ahmad tampil memberi kenyataan apabila ditanya pihak media.
Melalui laporan portal mstar, Nabil berkata, dia hormati Elly Mazlein dan dah pun anggap pelakon, penyanyi dan pengacara berkenaan umpama kakaknya sendiri.
Nabil juga hormati keputusan Elly Mazlein untuk undurkan dirinya sebagai pengacara,
“Bagi saya, Kak Lina tetapi saya anggap macam kakak saya.”
“Jihan Muse tu pula kawan baik saya, kami kan dah lama bekerja sama. Untuk GV ni dah 10 tahun.”
“Bukan tu saja, Hawa, Neelofa semua kawan saya. Termasuk yang lain macam Tok Ram ke.”
“Saya sayang mereka semua, dorang juga yang jadikan saya apa yang saya ada sekarang ni.”
Nabil juga memberitahu, hubungannya dengan Elly Mazlein pun baik saja malah akan berganding pada minggu depan.
“Kami akan buat show sama-sama, akan bertembung juga. Memang mana pun kita akan berjumpa, bertegur sapa sebab industri ni kecil saja.”
“Minggu depan pun kami akan kerja sama dalam program Meletop.”
Tentang luahan Elly itu, Nabil menyatakan berita tu dah bagaikan jadi content saja.
“Bagi saya, hal tu dah jadi macam content. Ada yang jadikan berita untuk menarik pembaca.”
“Rancangan GV ni memang dah jadi content. Mana ada rancangan yang selalu jadi buah mulut dari Ahad ni sampailah ke Ahad minggu depan.”
Selain itu, Nabil juga ditanya tentang hantaran dari Sarimah tentang sikap pengacara yang suka menjadikan diri sendiri sebagai tumpuan dan juga sering membahan dan bertelagah di atas pentas.
Nabil secara jujur tak tahu menahu tentang hal berkenaan, namun jika ada orang lebih senior dia menerimanya dengan hati terbuka.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.