Kongsi Foto Lelaki Berkopiah & Berkaca Mata, Netizen Dakwa Nora Danish Sudah Berpunya?

Nora Danish

KUALA LUMPUR – Nama pelakon terkenal, Nora Danish kembali menjadi perhatian selepas timbul spekulasi beliau dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo.

Spekulasi bermula apabila Nora, 43, memuat naik foto lelaki berkopiah di Instagram miliknya baru-baru ini. Netizen mula membuat andaian dan ada yang mendakwa lelaki itu seorang perunding kewangan berjaya.Nora Danish

Lebih menguatkan lagi khabar angin, Nora turut dilihat meninggalkan tanda suka pada beberapa hantaran lelaki berkenaan di Instagram.

“Satu Bab Baharu, Bismillah”

Dalam satu hantaran, Nora berkongsi foto menampakkan separuh wajah seorang lelaki lengkap dengan kopiah dan kaca mata. Malah kapsyennya berbunyi ringkas: “Satu bab baharu, Bismillah.”

Nora Danish
Nora dan jejaka berkopiah dipercayai membuat panggilan video.

Netizen pantas memberi reaksi di ruangan komen, ada yang mendakwa mengenali lelaki tersebut dan mengaitkannya dengan perjalanan umrah yang dikongsi di media sosial.

- IKLAN -

“Orang biasa, bukan artis. Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia. Setiap gambar ada maksud, lembut saja cara Nora tayang,” – komen netizen.

Nora Danish
Antara komen netizen selepas perkongsian Nora di Instagram.

Sejarah Perkahwinan Nora

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, kini berusia 7 tahun.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasilnya, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17 tahun.

Cerita, Tanpa Cerita-Cerita.