Sejak kejadian dgn kakak ipar kurang terima tawaran, Ali luah sesuatu bila trpaksa berniaga online

PELAWAK Ali Puteh kini aktif dalam bidang perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak dan minyak wangi sebagai cara menambah pendapatan.

Ali atau Syed ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia juga tidak menyangka sambutan diberikan pelanggan memandangkan hanya menjual menerusi video siaran langsung di TikTok.

“Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini.

“Saya ambil pendekatan membuat jualan di laman sosial sebab saya ada anak kecil dan lebih mudah menggunakan laman sosial untuk berniaga.

“Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ali berkata, meskipun sudah kurang dapat tawaran berlakon namun dia tetap bersyukur dapat menceburi bidang perniagaan.

Malah dia kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka kedainya sendiri tidak lama lagi.

“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan. Insya Allah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi,” ujarnya.

Kredit -mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*