Laju je Airmata mengalir lihat Anak Arwah menunggu Ayahnya di kubur
Al Fatihah Buat SUHAIMI SAAD. ( ex INTEAM)
Ini Salman , anak lelaki arwah, tidak Berganjak dari rumah abadi ayahnya.
Anak Soleh yang dididik oleh Suhaimi Saad sendiri.
Kata -katanya cerdik,
Matangnya menjauhi usianya.
Tidak menangis meratap di kubur,
Tetapi airmatanya gugur,
getar-sesak suaranya luhur,
Bersungguh doanya buat sang ayah š
Setiap hari, pagi ke petang, ak layari kehidupan mereka melalui layar siar langsung yg dibuat oleh Arwah dan isterinya.( Ina Naim )
Betapa banyak ilmu dan pedoman hidup yang dicurahkan Arwah sepanjang sesi Live tahun ini.
Terima Kasih suhaimi saad,
kerana sebelum ini ,
mungkin yang tak kenal akan membenci.
Yang baca tajuk, akan mengeji.
Yang singgah sekejap akan memburuk sangkanya.
Dari SS inilah aku belajar, apa yg ditulis media itu jauh meleset dengan watak org perseorangan.
Bahkan, beliau mempunyai aura luar biasa, dalam memberi PENDIDIKAN HIDUP, melalui ilmu agama.
Seorang yang bernama suhaimi ini, orang yang baik Ya Allah, ampuni dia, hiburkan dia di alam sana dengan limpahan RAHMAT-MU.
Kenal Allah!
Kenal Allah,
Itu yg Arwah selalu pesan.
Kredit; Beyla Nani
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.