Lps 4 tahun; pelakon fendy & isteri branding. Jumlah hantaran jadi perhatian
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fendy Bakry diraikan semula di atas pelamin indah di kediaman keluarga isterinya, Ayu Afnizar di Medan, Indonesia, Sabtu lalu.
Fendy berkata, majlis persandingan yang diadakan serentak dengan dua beradik isterinya berlangsung dengan penuh meriah sekali gus memenuhi impian yang tertangguh sebelum ini.
“Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, majlis persandingan kami yang sepatutnya berlangsung di sebelah keluarga mentua terpaksa dibatalkan.
“Berganti tahun demi tahun dan mengambil kira isteri saya pun sudah lama tak pulang ke kampung halamannya, jadi ayah mentua saya bercadang untuk buat majlis persandingan bersama dua beradik lain secara serentak.
“Lagipun ramai dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang menetap di Medan tak dapat menghadiri majlis persandingan kami sebelum ini, jadi kami pun ambil peluang ini bersanding semula,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fendy, segala persiapan majlis persandingan di Medan dirancang sepenuhnya oleh keluarga mentua manakala dia dan isteri hanya membawa diri ke sana.
“Semua persiapan termasuk acara rewang dibuat oleh keluarga mentua dan adik-beradik.
“Pada majlis persandingan yang berlangsung dari pagi hingga malam itu kami mengenakan pakaian pengantin jawa. Kalau ikut adat selalunya akan ada empat persalinan tapi kami memilih satu persalinan saja,”katanya.
Untuk rekod, Fendy dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2020.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.