Anak Noh Salleh meninggal dunia dalam kandungan 7 bulan lalu, anggap ujian persiap diri jadi lebih kuat
PENYANYI Noh Salleh berkongsi khabar duka kehilangan anak sulungnya yang meninggal dunia ketika dalam kandungan tujuh bulan lalu.
Reda dengan pemergian itu, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, menganggap ia sebagai ujian buat dia dan isterinya Fatin Athira untuk bergelar ibu bapa.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata upgrade diri sebagai suami isteri.
View this post on Instagram
Video yang dikongsi oleh Noh di Instagram.
“Walau perit nak lalui yang aneh-aneh, kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih tenang sebab kami berjuang dan menang,” katanya.
Noh menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam hantaran tersebut di turut berkongsi video upacara pengebumian bayi yang diberi nama Julian itu.
Malah Noh juga memberitahu ketika isterinya hamil dia juga berdepan dengan tuntutan hak penjagaan anak angkat bersama bekas isteri iaitu Mizz Nina.
“Dalam bergelut berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal,” ujarnya.
Vokalis kumpulan Hujan ini juga terbuka untuk berkongsi kisah duka itu sempena ulang tahun pertama perkahwinannya dengan Fatin.
Noh dan Fatin mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.
“Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab lalui macam-macam. True rock n roller,” luahnya.
Untuk rekod Noh dan Fatin sah bergelar suami isteri pada 23 September tahun lalu.
Sementara itu, Noh dan Mizz Nina pula berkahwin pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos 2022.
Mereka memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.