” Rindu sangat tu Afwa dan Aafiyah sampai berebut nak peluk ibu.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Afwa Dan Aafiyah Ketika Menyambut Kepulangan DS Siti Nurhaliza Pulang Dari Umrah Di Airport. Alahai Berebut Masing-Masing Nak Peluk Ibu, Nasib Lah Aafiyah Mengalah. Rindu Betul Afwa Pada Ibu. Siap Berdukung, Tak Nak Lepas Langsung !!

Penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah pun berlepas ke tanah suci Mekah dan berkesempatan menyambut Maulidul Rasul di sana beberapa hari yang lalu. Ada beberapa posting yang DS Siti kongsikan sepanjang perjalanan umrahnya kali ini untuk tontonan peminat.

Meninjau akaun Tiktok Fadzoners, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Dato’ Sri Khalid Jiwa bersama anak-anak menyambut kepulangan DS Siti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pastinya telatah Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah yang menjadi perhatian ramai.

Sejurus sahaja melihat kelibat DS Siti muncul di pintu ketibaan, laju sahaja Afwa dan Aafiyah meluru ke arah ibu mereka. Kakak dan adik ini teramat rindu dengan ibu sehinggakan masing-masing berebut dan memeluk erat dan tidak mahu melepaskan DS Siti.

Afwa pula seperti biasa, sangat manja dengan DS Siti dan tidak mahu Aafiyah bermanja dengan ibu mereka. Afwa mahu didukung sahaja oleh DS Siti sehingga keluar ke kereta. Boleh tahan lenguh juga DS Siti mendukung Afwa yang bertubuh bambam itu. Apa boleh buat, Afwa kan anak manja intan payung ibu.

Jom tonton video di bawah :

@fadzoners Alhamdulillah 🌹❤️🇲🇾 21.9.2024 Siti Nurhaliza @Siti Nurhaliza Selamat sampai ke Malaysia selepas selesai Umrah.. Di sambut oleh family, organizer dan Fans.. seronok tengok gelegat mencuit Hati Aafiyah dan Afwa melihat kepulangan ibunya dari Jeddah #konsertcintadiawansitinurhaliza #SitiNurhaliza #ctdk #fadzoners #SitiNurhalizaCintaDiAwan #SitiNurhalizaLoveIsInTheSky #CintaDiAwan #LoveIsInTheSky #sebuahepitomesayasitinurhaliza #epitome #FenomenaSitiNurhaliza #SitiNurhalizaFenomena #simplysiti #BeauSiti #Sitizone #Sitizen #sitism #Malaysia #singapore #Brunei #Indonesia #Mekah #Medina #Umrah ♬ Nadi – Dato' Sri Siti Nurhaliza

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Rindu sangat dah tu.. dua-dua tak nak mengalah haha.. Hilang penat ibu tengok anak-anak kesayangannya tu.. “

” Alhamdulillah Tok Ti dah slmat balik dari Umrah. Apa sahaja tentang Dato Siti Pasti yg akn di nantikan.. di perhatikan.. Di Sayangi.. krn Dia kesayangan ramai insan . Dia ” TERISTIMEWA”.. “

” Alhamdulillah selamat sampai tokti.. rindu sangat Afwa dengan ibu tu.. peluk dukung tak nak lepas langsung.. “

” Bertenaga, kuat tokti ni.. balik mesti penat dengan perjalanan jauh tapi terus dukung afwa.. Alhamdulillah.. “

” Allahuakbar seronoknya ye ibu dah selamat sampai.. Rindu betul afwa dan aafiyah pada ibu.. “

” Happy sangat Aafiyah dan Afwa bila berjumpa ibu.. rindu sangat tu sampai berebut nak peluk ibu.. haha rebut punya rebut, last-last kakak jugak yang mengalah dengan adik.. “

” Afwa anak manja, tak nak lepas ibu dia.. rindu sangat lah tu.. tengok afwa pun tahu berat, badan solid. Bertabahlah ibu kena dukung afwa.. “

Alhamdulillah DS Siti sudah selamat sampai ke pangkuan keluarga dan anak-anak terpaling gembira apabila ibu mereka sudah pulang. Pelukan Afwa dan Aafiyah itu sudah jelas menunjukkan kerinduan mereka. Apa-apa pun, semoga DS Siti dikurniakan kesihatan yang baik selalu dan gembira bersama keluarga tersayang.

Sumber :Tiktok Fadzoners

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.