M4yat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibvnuh lndividu yang dikenalinya

- IKLAN -

Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Kes bunuh Nur Farah Kartini, polis tahan teman lelaki

Polis tahan teman lelaki mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang juga penjawat awam berusia 26 tahun.

“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

“Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Kredit-gempak, sinar

[redirect url=’https://s.shopee.com.my/2fqnpbErEA’ sec=’35’]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*