Mona Allen Akui Silap Muat Naik Video Nampak Rambut

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Mona Allen ada memuat naik video memaparkan dia hanya menutup kepalanya dengan ‘hoodie’ dan menampakkan sebahagian rambutnya ketika sedang bercuti

Memetik mStar Online, Mona mengakui dia tidak sepatutnya mengambil mudah mengenai perkara itu apatah lagi dia sudah berhijab.

Menurutnya, ketika itu dia sibuk menguruskan anaknya menyebabkan dia terlepas pandang video yang di kongsikan di media sosial itu.

@monaallen89 #monaallen #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ ♬ original sound – Mona Allen

“Video tersebut adalah ketika saya bawa anak bercuti di Langkawi. Mungkinlah dalam keadaan sibuk menguruskan anak itu saya terlepas pandang.

“Saya pun masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ada juga masa ketika saya keluar dekat dengan rumah saya tidak bertudung penuh,” katanya.

Dalam pada itu, Mona menganggap segala teguran diberikan sebagai tanda orang ramai masih menyayangi dirinya serta mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil tahu fasal saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik video di laman sosial.

“Saya juga tidak membaca komen di media sosial selepas isu ini diperkatakan. Lebih baik diam daripada menambahkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*