Dipersoal Tiada Gambar Suami Selepas Rujuk kembali, Linda Hashim dedah sesuatu

Pelakon, Linda Hashim menunaikan ‘hajat’ peminat dengan memuat naik foto dia bersama suami, Beego selepas menerima banyak permintaan yang mahu melihat gambar mereka bersama.

‘Kita tak cantik’

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Linda berkata dirinya bukan sengaja untuk tidak berkongsi foto bersama suami, namun merasa sedikit segan untuk berbuat demikian.

Terlalu ramai bertanya mana gambar kami berdua, bukan tak mahu post tetapi malu.

Kita tak secantik mana pun, ini pun gigih cari angle mana yang on point.

Pada hantaran tersebut, dilihat Linda dan Beego mengenakan busana berwarna merah jambu.

Dalam pada itu, aktres tersebut meluahkan rasa syukur apabila menerima sokongan daripada orang ramai selain menyampaikan ucapan terima kasih di atas doa yang dikirimkan kepadanya.

Alhamdulillah, kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tidak henti mendoakan kami, bagi kata-kata positif.

Ada yang happy tengok kami ada juga yang tidak. Tetapi tidak mengapa, sebab yang tak suka itu dua tiga orang sahaja. Yang suka beribu.

Terdahulu, Pasangan ini mengesahkan mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

Sumber: Instagram

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*