“Mreka dh lma rancang.. siap ada group whtsap..”- Kakak dedah ini yg ditemui lepas periksa tlfon Afham..

BAPA penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Mokhtar Mahmud mendapat firasat akan bertemu mayat anaknya ketika melaungkan azan di sekitar jambatan Sungai Klang pada petang Rabu.

Perkara tersebut dikongsi oleh kakak sulung kepada Nidza iaitu Irfahanie yang juga turut berada di sekitar kawasan mayat adiknya ditemukan.

“Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian,” katanya kepada mStar.

Kakak sebak kenang pemergian Nidza.

Irfa ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, Selangor ketika jenazah Allahyarham Nidza dibawa tujuan bedah siasat.

Berkongsi lanjut Irfa memberitahu mayat adiknya itu ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

“Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak mayat itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.

“Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak mayat sepenuhnya dan dia melaporkan kepada pihak polis.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman mayat,” ujarnya.

Tambah Irfa mayat dipercayai sudah berada di kawasan berkenaan sejak lewat malam Selasa sebelum ditemui.

Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini.

IRFAHANIE

KAKAK SULUNG NIDZA

Irfa juga memberitahu dia dan keluarga masih tidak dapat pastikan punca kematian adiknya itu.

“Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jenayah, hutang atau yang pelik-pelik.

“Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut.

Kelibat terakhir arwah dirakam CCTV.

“Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan tapi dia belum ada tarikh kahwin,” kongsinya.

Penemuan Nidza, 23, disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu mayat lelaki lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.

Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Shah Alam.

Penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang jasadnya ditemukan meninggal dunia malam tadi selepas hilang selama dua hari pernah merancang untuk melangsungkan pertunangan.

Perkara tersebut disahkan oleh adiknya yang juga penyanyi, Nur Aufahanie ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam di sini hari ini.

hadir bagi mengikuti proses bedah siasat mangsa hari ini.

Menurut Aufahanie, mereka hanya mengetahui rancangan Muhammad Nidza Afham untuk bertunang selepas membaca mesej dalam telefon allahyarham malam tadi.

“Masa kami jumpa telefon arwah, kita minta nombor password daripada teman wanita beliau dan lihat ada grup arwah dengan teman wanitanya, rancangan mereka.

“Dengan Aufa pun kita orang selalu tanya siapa yang akan kahwin dulu. Abang Aufa yang nombor tiga baru sahaja kahwin, memang sepatutnya lepas itu dialah.

“Tak tahu bila. Dia memang ada perancangan, kumpul duit kahwin,” katanya.

Sementara itu Aufa berkata, dia dan Muhammad Nidza Afham sangat rapat dan abangnya selalu meluahkan isi hati kepada dirinya.

Adik beradik mereka seramai tujuh orang sebelum ini hidup terpisah semasa kecil kerana ibu bapa bercerai.

“Sudah besar sikit baru hidup dan selalu bersama. Bila sudah besar sikit, pernah tanya abang, adakah dia sedih dengan ibu dan bapa bercerai. Barulah dia buka (mulut). Selama ini tidak pernah nampak dia sedih, menangis.

“Tapi sejak dia ada teman wanita, dia sudah tidak mengadu mungkin dia meluahkan perasaan kepada teman wanita. Apa yang dia sedih kebelakangan ini memang Aufa tidak tahu.

Mayat Muhammad Nidza Afham ditemukan di Sungai Klang pada pukul 7 malam tadi selepas dua hari dilaporkan hilang dan menjalani proses bedah siasat pukul 9 pagi ini.

Media dimaklumkan proses bedah siasat mengambil masa selama empat jam dan jenazah akan dikebumikan di Puncak Alam selepas Asar.

Seolah-olah memberi petanda bakal ‘pergi’, penyanyi dan YouTuber Allahyarham Nidza Afham yang ditemui tidak bernyawa di Sungai Klang, Selangor, petang semalam sempat mengulang siar video berkaitan kematian dalam TikTok.

Nidza Afham atau nama sebenarnya Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, memuat naik hantaran tersebut sekitar tiga hari sebelum kehilangannya dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Video berdurasi 42 saat itu berlatarkan suara pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias yang membicarakan soal kematian.

Menerusi paparan dikongsikan, kelihatan seorang individu sedang menunggang motosikal di atas jalan raya.

“Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita balik kerja naik motosikal.

“Hujan dah elok nak masuk simpang depan, motosikal lain langgar dari belakang kereta lain pulak mai (datang) lenyek. Allah!

“Polis ambil kutip dengan plastik hitam,” demikian antara petikan kata-kata dalam video tersebut.

Perkongsiannya menarik perhatian ramai yang meninggalkan komen dengan mendakwa arwah seperti tahu ajalnya semakin hampir.

“Dia macam dapat rasa… yang pergi dulu semua orang baik,” tulis pengikut akaun lain.

“Nidza Afham repost macam dah tahu-tahu sahaja,” kata seorang netizen.

Awal pagi semalam berita kehilangan peserta I Can See Your Voice 3 itu dikongsi adiknya yang juga penyanyi, Aufahanie bagi memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberikan maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang iaitu berhampiran Jambatan Sungai Klang di Klang, Selangor.

Mayatnya yang memakai baju jersey bernombor 56 ditemui orang awam sekitar pukul 7 malam semalam, sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pengecaman dan bedah siasat.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan petang ini iaitu sebaik bedah siasat yang dijalankan pagi tadi selesai.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.