“Sy sedia brtentang mata dgn dia..”. Dituduh nak ambil seorg anak Bella.. Status IG Ibu Aliff jadi prhatian..
IBU kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa bengang terhadap seorang netizen kerana menabur fitnah terhadap dirinya.
Menurut Hafiza, dia dan keluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang disebabkan tohmahan berkenaan.
“Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan.
Hantaran di Instastory Hafiza yang berang selepas difitnah seorang individu di TikTok.
“Jika tidak saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada pagi Jumaat.
Sebelum itu, seorang individu memuat naik hantaran di aplikasi TikTok menuduh Hafiza mengeluarkan kenyataan bekas menantunya iaitu penyanyi Bella Astillah perlu menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff supaya adil bagi kedua belah pihak.
Dalam pada itu, Hafiza memberitahu dia bersedia untuk bertentang dua mata dengan pemfitnah tersebut untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” ujarnya.
Pada Julai lalu, Hafiza dan Aliff, 33, ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial berkongsi luahan rindu mereka terhadap Ayden dan Ara.
Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.
Kredit-mstar