Nenek baca Yasin & berzikir di luar dewan peperiksaan, setia menunggu cucu duduki SPM
Seorang nenek baca Yasin dan berzikir di luar dewan peperiksaan sebagai tanda sokongan kepada cucunya yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok @_S@ihsan, kelihatan seorang wanita sedang duduk bersendirian di sebuah kerusi di luar dewan peperiksaan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, Perak sambil membaca surah Yasin dari sebuah buku kecil.
“Cucu dalam dewan peperiksaan SPM, nenek menunggu di luar baca Yassin dan zikir untuk cucu,”tulis @_S@ihsan.
@c_s.ihsan cucu dalam dewan peperiksaan SPM..nenek menunggu di luar baca yassin dan zikir utk cucu. #foryou #foryoupage #fyp #mrsmlenggong ♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92
Nenek baca Yasin & berzikir
Hantaran itu telah meraih perhatian ramai yang rata-rata tersentuh melihat kasih sayang serta pengorbanan wanita tersebut demi memberikan semangat kepada cucunya.

Difahamkan juga ibu kepada remaja berkenaan baru sahaja meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.
Sumber: TikTok c_s.ihsan