Fattah Amin Beranikan Diri Mintak Doa Ibunya, Akui Berkat Doa Ibu Ketika Ditimpa Susah Benar Ajaib

Pelakon terkenal Fattah Amin baru-baru ini mengungkapkan satu pandangan yang mendalam mengenai kekuatan doa ibu ketika berdepan dengan ujian hidup.

Dalam sesi podcast santai bersama Umie Aida di TikTok, Fattah menceritakan bagaimana beliau sering merasa sukar untuk berkongsi masalah dengan sesiapa, termasuk ibu bapa sendiri.

Menerima cabaran hidup yang membuatkan beliau buntu, Fattah akhirnya beranikan diri untuk meminta doa daripada ibunya. “Saya sukar berkongsi masalah dengan orang. Sampailah satu tahap, saya rasa sudah buntu. Doa, solat semua sudah, akhirnya saya pilih minta doa ibu,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa meskipun sebelum ini ada berbicara mengenai masalah dengan ibunya, kali ini, beliau meminta doa yang lebih spesifik.

Dengan penuh rasa syukur, Fattah berkata, “Subhanallah, hebatnya berkat doa ibu.” Penekanan Fattah tentang pentingnya doa ibu bagaikan satu pengingat kepada kita semua, terutamanya generasi muda, mengenai nilai hubungan antara anak dan ibu bapa.

Ketika ditanya mengenai pandangannya tentang sikap sesetengah golongan muda yang kurang menghargai peranan ibu bapa, Fattah menjelaskan bahawa banyak yang lebih selesa berkongsi masalah dengan rakan-rakan. Namun, beliau menekankan bahawa perkongsian yang terbaik adalah dengan ibu bapa.

“Semua orang mengalami kesusahan dalam hidup, tetapi tak semua mengambil jalan berjumpa dengan ibu bapa untuk minta doa dan keberkatan,” katanya.

Pesan Fattah yang begitu jelas: “Doa terbaik adalah doa ibu. Jadi, saya nasihatkan hargailah ibu bapa yang berada depan mata sebaik-baiknya.”

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.