“Ni baru betul. ambil yg teraniaya, bukan yg menganiaya” – Netizen

Baru-baru ini, aktres dan usahawan terkenal, Wawa Zainal telah tampil mendedahkan wajah baru bagi koleksi tudung terbarunya iaitu Misya Mazlan, individu yang sering menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini.

Seorang yang lemah lembut

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh pengasas Wawa Scarves ini, dirinya menyifatkan peribadi madu kepada Marissa Dania ini sebagai seorang yang manis dan lemah-lembut orangnya.

Tambahan pula, difahamkan Misya telah ditawarkan menjadi duta untuk jenama tersebut selama tiga bulan menurut kontraknya.

Alahai so sweet dia ni. Cantik dan lemah lembut.

Tonton video di bawah ini :

Reaksi netizen

Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata menyokong tindakan Wawa yang mengambil Misya sebagai duta Wawa Scarves itu. Menurut mereka, hal tersebut secara tidak langsung menyokong mereka yang tersakiti atau teraniaya.

Ini baru betul, ambil yang teraniaya bukan ambil yang menganiaya.

Model yang tepat.

Ini baru founder yang bagus, naikkan wanita-wanita yang tersakiti.

SUMBER : Instagram
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.