Salam takziah, Penyanyi Reedzwann terlibat dlm kmalangan manakala rakan pula mavt di tmpt kjadian

“Saya terkilan kerana kejadian berlaku depan mata sebab saya yang memandu kereta itu.”

Itu kata penyanyi dan komposer, Reedzwann yang terselamat dalam kemalangan, namun rakannya, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi di Kilometer 363.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Slim River, Perak itu, Reedzwan yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berlanggar dengan sebuah lori, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Reedzwann atau nama sebenarnya Muhamad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 23, berkata, kejadian yang berlaku itu membuatkan dia masih trauma dan tidak dapat memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai kemalangan itu.

“Kejadian ini membuatkan saya sangat trauma dan sedang mengawal perasaan supaya tidak menangis. Saya perlu reda kerana apa yang berlaku adalah satu ketentuan.

“Saya juga diberi nasihat oleh peguam supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini kerana tidak mahu kenyataan saya bercanggah dengan siasatan polis.

“Saya hanya akan memberikan kenyataan selepas mendapat jawapan. Cuma apa yang boleh saya kongsikan kejadian itu berlaku ketika saya dan arwah sedang dalam perjalanan ke rumah ibu dan ayahnya,” katanya yang hadir ke majlis pengebumian Humairah di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan PJS 4, Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Reedzwan, setakat ini dia masih belum membuat pemeriksaan kesihatannya, namun dia berada dalam keadaan baik.

“Saya belum sempat membuat sebarang pemeriksaan kesihatan di hospital sebab saya baru saja selesai beri keterangan di balai polis.

“Cuma saya bersyukur dapat melihat dia buat kali terakhir dan saya juga individu terakhir yang bersama sewaktu dia masih hidup,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Slim River.

Kredit-HM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.