[VIDEO] “Orang dah nmpak muka kau bukan tak kenal..” Gambar no4 Bella kena ‘s0und’ jadi perhatian

Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang ditahan polis sebelum ini membantu siasatan berhubung kes tular pukul seorang pemuda dibelasah beramai-ramai sehingga lunyai akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Kesemua Orang Kena Tahan (OKT) tiba kira-kira 8.40 pagi tadi.

VIDEO :

@sinarharianonline ‘Bella’, tujuh lelaki belasah pemuda tiba di mahkamah Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang tular dipercayai terbabit kes pukul seorang pemuda tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Jumaat sekitar jam 8.40 pagi bagi pertuduhan. Kesalahan berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Pada Selasa, polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes seorang pemuda dipukul sekumpulan individu di sebuah pangsapuri di Plentong Baru selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 21 tahun pada Sabtu. #SinarHarian #60saat #kespukul #mahkamah ♬ original sound – Sinar Harian


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi, 21 April lalu ketika cuba melarikan diri dari Pangsapuri Plentong Baru Masai, Pasir Gudang di sini.

Mereka diberkas selepas disyaki terlibat memukul seorang pekerja kilang di Kluang sehingga separuh mati pada 18 April lalu sebelum video perbuatan kejam mereka tluar di laman sosial.

- IKLAN -

Sumber – Kosmo , Sinar