Paaaaaang KPG bagi tepat ke muka, pedih wooo.. Ibarat ludah jilat semula. Tipikal mentaliti, menang dipuji kalah dikeji.

Kejutan demi kejutan ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya ketika menentang skuad Korea Selatan dalam Piala Asia 2023 bertempat di Stadium Al Janoub, Qatar semalam. Romel Morales yang dimasukkan saat-saat akhir pada masa tambahan berjaya melobos gawang gol Taegeuk Warriors sekaligus menyamakan mata 43-3.

Pasukan Malaysia bermain dengan sangat baik… Apa yang awak katakan kepada mereka?

Meskipun tidak mara ke pusingan seterusnya, saingan hebat yang dipaparkan sepanjang permainan cukup mencipta sejarah baru buat pasukan kebangsaan. Walau bagaimanapun menerusi sebuah sidang media, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kelihatan kecewa setelah diajukan soalan daripada seorang wartawan. Awalnya, pekerja media tersebut bertanya apakah kata-kata yang diberikan kepada Kim Pan-gon kepada para pemain bagi menaikkan semangat mereka semula. Namun sebelum memberikan jawapan, jurulatih yang berasal dari Korea itu sempat memberikan senyuman sinis yang cukup mendalam.

Kim Pan-Gon jelas tampak kecewa dengan persoalan yang diajukan

Kim Pan-gon mula menyindir tentang bagaimana dirinya diminta untuk meninggalkan Harimau Malaya ekoran prestasi teruk dalam perlawanan sebelum ini. Tetapi apabila sudah meraih kejayaan dan prestasi yang cukup baik, barulah persoalan bernada memuji sebegitu diberikan.

“Yesterday, you want me out. Now today, you wanna ask me how I can motivate the player?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Padan muka, ludah jilat balik…Menang puji kalah dikeji

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyifatkan wartawan tidak seharusnya mengajukan persoalan dan kenyataan yang nyata mengguris hati jurulatih tersebut. Selain itu, mereka beranggapan mentaliti “menang dijulang kalah ditanam” wajar dihentikan.

KREDIT :  Instagram astroarenahd

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.