Kehilangan insan tersayang pagi ini, Pelakon Amar bahrin ada katakan sesuatu

PELAKON Amar Baharin berkongsi berita duka mengenai pemergian bapa tersayang, Mohd. Baharin Amir yang menghembuskan nafas terahir, awal pagi tadi.

Lebih memilukan, Amar turut berkongsi momen bersama bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Syawal terakhir Ayah. Macam ini lah ayah senyum waktu malaikat mencabut nyawa tadi.

“Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa ayah, dilindungi dari seksa kubur, mendapat syafaat dari al-Quran dan Nabi Muhammad SAW sebab Amar tahu ayah tak pernah lekang mulutnya dari berselawat kepada Nabi Muhamaad SAW. Semoga syurga firdaus tempat ayah kelak Insya-Allah.

“Malam ini kami sedekahkan pahala bacaan Surah Yasin untuk Ayah ya,” coret Amar.

Amar terdahulu berkongsi berita duka mengenai pemergian bapanya awal pagi tadi.

Difahamkan Allahyarham mengadu sakit dada dan dibawa ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan.

“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa arwah. Andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.

“Andai kata ada pahala dari bacaan ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah.

“Dengan izin Allah, semoga Allah permudahkan pengurusan jenazah dan Allah letakkan arwah bersama insan beriman,” tulisnya.

Jenazah bapa pelakon berusia 37 tahun itu telah selamat dikebumikan di Sungai Sekamat, Kajang hari ini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.