Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ Hanya Didenda Masuk Thailand Tanpa Dokumen

Selepas hampir lima bulan barada di dalam tahanan penjara di Thailand, penyanyi lagu,‘Bea Sobar Bea’, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini, daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.

Hukuman Penjara Sudah Selesai

Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah, kesemua mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu sudah selesai dilakukan selain disebabkan kesemua tertuduh berkelakukan baik.

Manakala, Erdeka dan Zuhaira yang turut didakwa atas pertuduhan memasuki Thailand tanpa dokumen dikenakan denda RM526.

- IKLAN -

Hakim menerusi hujahan penghakiman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan kesemua tertuduh

Malah katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut tidak menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa oleh mereka.

Sumber: Harian Metro