“Perit anak-anak tonton berita tragis Mama” Terlalu Rindukan Arwah Cikgu Istiqomah, Anak-Anaknya Sering Termenung Dan Berdiam Diri
Baru-baru ini, kisah Cikgu Istiqomah yang hilang sejak 2023 sangat menyayat hati warga maya.
Menerusi laporan Sinar Harian, suami kepada Cikgu Istiqomah iaitu Mohd Yusoff Mokhtar mengakui bahawa dia merasa sedih melihat ketiga-tiga anaknya merindui ibu mereka.
Katanya, dia telah menjelaskan kepada anak-anaknya tentang apa yang berlaku, dan dia juga harus menjaga emosi mereka ketika menonton berita tentang ibunya di kaca televisyen.
Anak sulung terutamanya, suka curi-curi tengok gambar arwah kerana dia rindu.
Tapi bila perasan saya melihat tindakannya itu, dia akan sembunyikan gambar kerana tidak mahu saya bersedih.
Tambahnya lagi, kadang kala anaknya akan termenung serta berdiam diri dan membisu, kemungkinan disebabkan terlalu rindukan arwah.
Ketika anak-anaknya menangis mereka juga sering memanggil ‘mama’, namun Mohd Yusof berkata dia harus kekal tenang dan memberi kekuatan kepada anak-anaknya.
Walau bagaimanapun, Mohd Yusof berharap agar orang ramai tidak menyebarkan fitnah mengaitkan lelaki yang didakwa itu sebagai bekas kekasih isterinya kerana mereka berdua hanya berkawan di maktab perguruan sebelum ini.
Kredit-OM
@_iam.umii8 Alfatihah buat cikgu #istiqomah . semoga rohnya dicucuri rahmat 🤲🏻 dan ditempatkan bersama orang-orang yg beramal soleh . –sumber @Kosmo! #cikguistiqomah #fypシ゚viral #beritatiktok #alorgajah #melaka ♬ Sad violin – Katsuyuki Takahashi
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.