Pernah Tercalon Dalam Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin, Kini Tak Malu Berniaga Sate

Meskipun pelakon wanita ini pernah terlibat dalam dunia hiburan dan glamor, namun ia tidak menjanjikan kehidupan senang sehingga ke akhir hayat.

Begitulah yang dihadapi pelakon wanita Sharisa Haris yang pernah tercalon dalam top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 yang kini melibatkan diri dalam perniagaan menjual sate sebagai sumber pendapatan hariannya.

Maklum Sharisa, dia pernah menulis beberapa naskah skrip drama dan travelogue dan membintangi drama di bawah arahan pengarah terkenal, Budak Ijat.

Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue. 2019 adalah drama terakhir aku shoot (Adelle Sofea) arahan director yang sangat aku hormati dan kagumi iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin.

Dulu mungkin orang kenal sebab berlakon tapi bukan famous sangat pun. Sekarang mesti orang tak kenal. Tetapi alhamdulillah pernah tercalon top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014.

Aktres itu berkongsi kisah hidupnya di laman TikTok dan turut berkongsi pengalamannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan makanan kini.

Perjalanan aku di dunia f&b (food and beverages) semakin serius pada tahun 2017. Bermula sebagai seorang cleaner, kemudian diberi peluang sebagai waiter dan kini diberi kepercayaan sebagai tukang bakar satay.

Begitulah kisah akak sado (panggilan nama) dalam mencari sesuap nasi. Korang yang nampak video ini saya nak pesan, jangan curiga dengan rezeki setelah engkau berpenat lelah berusaha.

@sharisaharis JANGAN CURIGA DENGAN REZEKI!!! @MAMA NOR TAMPIN 🔥🔥🔥🔥🔥 #capcut #akaksado #mamanor#CapCut ♬ Masa Laluku – Kangen Band

Kredit: TikTok | Beautifulnara

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.