Pingat Jasa Baik Buat Fasha Sandha, Penampilan Nostalgia Buat Semua Terpesona!

- IKLAN -

Pelakon popular, Fasha Sandha, menerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Fasha, yang berusia 41 tahun, dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) dalam satu majlis penuh berprestij yang diadakan di Istana Arau pada hari Khamis.

Dalam ucapannya, Fasha meluahkan rasa syukur atas anugerah yang diterima dan menganggapnya sebagai berkat doa daripada ibu dan suami tercinta. Dia turut menzahirkan penghargaan kepada Allah dan keluarga yang sentiasa mendoakannya.

Fasha anggun memakai baju berwarna ungu.

“Terima kasih Allah atas kurniaan dari-Mu. Cinta hati saya, selain doa dari mama, doa suami yang buat rezeki kita tak akan putus. Terima kasih mama dan terima kasih suami. Syukur Alhamdulillah, hari ini hari yang bahagia buat kami,” kata Fasha.

Pada majlis tersebut, Fasha ditemani oleh suami tersayang, pelakon Aidil Aziz. Yang menariknya, Fasha memilih untuk memakai busana pertunangannya yang berusia tujuh tahun sebagai simbolik istimewa pada hari bersejarah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Fasha juga melengkapkan penampilannya dengan sepasang kasut yang merupakan hadiah daripada suaminya. “Pakai baju lama, baju masa tunang. Nasib ada baju 2018 Rizman Ruzaini. Selandang Rumah Kebaya Bangsar dan kasut hadiah daripada suami tercinta, I love you suami,” ujarnya penuh manja.

Selain Fasha Sandha, beberapa selebriti lain yang turut menerima Pingat Jasa Baik termasuk pelakon Rita Rudaini dan aktor Ezany Nizariff.

Kredit – mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*