Pusaran atau puting beliung api muncul semasa kebakaran Los Angeles

Kawasan kejiranan Palisades di Los Angeles dilanda ‘firenado’ atau pusaran api pada malam kelmarin ketika kebakaran hutan besar-besaran mencetuskan malapetaka di rantau tersebut, lapor akhbar New York Post.

Menurut seorang ahli meteorologi untuk laman berita Fox, Cody Braud, fenomena itu berlaku akibat pusaran di atas permukaan tanah apabila angin mula berkumpul bersama.

Pada kebiasaannya, pusaran api disalah anggap sebagai puting beliung yang terbentuk dari awan ke daratan.

Namun sebaliknya, ia mula terbentuk di permukaan tanah sebelum naik ke bahagian atas.

“Kadang-kadang sukar untuk melihatnya kerana ada masanya ia berpusar di dalam api. Mungkin lebih banyak pusaran api di kawasan itu yang tidak dapat dikesan,” kata Braud.

VIDEO :

 

@drnovandri

Fire tornado in Los Angeles! Haunting fire tornado erupts as LA wildfires continue to burn!

♬ original sound – Dr NOVANDRI

@skynews A 'fire #tornado' has been spotted in the #LosAngeles Pacific #Palisades ♬ original sound – Sky News

Beberapa kawasan di Los Angeles mengalami kebakaran berskala besar sejak Selasa minggu lalu sehingga mengorbankan 11 orang, manakala punca kejadian berlaku masih belum diketahui. – AGENSI