[VIDEO] Lisdawati & Fauzi Nawawi Sertai RXZ Members 7.0, Pakaian Sopan Jadi Tumpuan – “Rare Tengok Rider Muslimah Macam Ni”

1) Apa Berlaku

Pasangan pelakon terkenal, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, menarik perhatian ramai apabila tampil menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan pasangan tersebut menunggang motosikal menuju ke lokasi acara mega peminat RXZ itu.

@theonlyfauzinawawi Alhamdulillah selesai sudah tugas kami di Trengganu Darul Iman.. kenangan manis pada RXZ members 7.0 ini. Terima kasih semua @XROOV @Dolcea.my @Permai Hotel Kuala Terengganu Salam Takziah Dan Alfatihah kpd keluarga mangsa yg terkorban sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah. #respect #rxz_members_official #viraltiktok #fypシ゚viral #teammrchen ♬ Happy Acoustic Traveling – PaperThinStudio


@sinar_my Replying to @🍉Asyroff Amran🍉 Bukan biasa-biasa punya rider tau Lisdawati ni siap pecah Malaysia Book of Records sebab ride pusing semenanjung Malaysia tanpa henti dalam masa 18 jam! 🙌🏻 #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – SINAR

2) Kenangan Di RXZ Members

Dalam satu kapsyen di media sosial, Fauzi meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelesaikan tugas di Terengganu sambil menitipkan doa buat keluarga mangsa yang terkorban sepanjang perjalanan program RXZ Members 7.0.

- IKLAN -

“Alhamdulillah selesai sudah tugas kami di Terengganu Darul Iman. Kenangan manis pada RXZ Members 7.0. Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah,” tulisnya.


3) Pujian Netizen Buat Lisdawati

Penampilan Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 47, mendapat pujian ramai kerana tetap memilih pakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya meskipun menyertai konvoi motosikal besar.

Rata-rata warganet kagum dengan imej beliau yang dianggap ikon rider muslimah.

Antara komen netizen:

  • “Pakaian dia lain daripada rider perempuan lain sebab tak pakai ketat, sesuai sangat.”

  • “Sopan pakaian dia, macam ni baru kita tabik rider muslimah bertudung.”

  • “Artis glamour pun pakai elok tutup aurat walaupun ride motosikal.”

  • “Penampilan rider muslimah memang rare, semoga jadi ikon kepada rider wanita lain.”


4) Fauzi Nawawi Dipuji Jaga Isteri

Selain itu, tindakan Fauzi Nawawi yang sentiasa berada di belakang motosikal isterinya untuk memantau keselamatan turut menerima pujian ramai.

“Elok je suami iring isteri, tak jauh tinggalkan dia. Keselamatan isteri yang paling penting,” komen seorang pengguna TikTok.


5) Nota

Acara RXZ Members 7.0 kali ini berjaya mengumpulkan ribuan peminat motosikal RXZ dari seluruh negara, namun turut diwarnai duka dengan kemalangan membabitkan beberapa peserta.


Cerita, Tanpa Cerita-Cerita.

Sumber – OhBulan