Rawatan Berakhir Tragedi: Pensyarah Derita Hilang Penglihatan Kekal

Sebuah tragedi yang menyayat hati berlaku apabila empat pengamal perubatan tradisional didapati bersalah kerana membelasah seorang pensyarah sehingga menyebabkan mangsa hilang penglihatan kekal pada mata kiri. Insiden yang bermula sebagai rawatan perubatan bertukar menjadi kekejaman yang meninggalkan trauma mendalam kepada mangsa dan keluarganya.

Apa jadi bila rawatan bertukar jadi tragedi? Empat pengamal perubatan tradisional didapati bersalah membelasah seorang pensyarah sehingga mangsa hilang penglihatan kekal pada mata kiri.

Insiden berlaku empat tahun lalu di sebuah rumah tumpangan di Jalan Sultan Yahya Petra, kira-kira jam 4 pagi, 5 Ogos 2021.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas keempat-empat tertuduh selepas menolak pembelaan mereka.

Mahkamah mendapati pembelaan keempat-empat tertuduh adalah penafian semata-mata. Maka semua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.- Kata Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli.

Dua tertuduh utama dikenali sebagai Tok Singa dan Wea Selamos, masing-masing berusia 37 tahun. Nama sebenar mereka ialah Muhammad Firdaus Mohd Adnan dan Mohd Shamsul Izwan Midin.

Dua lagi ialah Idrees Ishak, 46, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 39, semuanya bekerja sebagai perawat tradisional.

- IKLAN -

Tok Singa didakwa cederakan mangsa hingga buta…

Mengikut pertuduhan, mereka sengaja mencederakan Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 43, sehingga menyebabkan kecederaan parah pada mata kiri mangsa.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

- IKLAN -

Peguam tertuduh, Mohd Azrul Hasyimi Mohamad mendakwa insiden berlaku kerana semua tertuduh tidak bersetuju dengan kaedah rawatan yang dikatakan tidak selari dengan ajaran Islam.

Semua tertuduh adalah perawat tradisional yang cuba membantu masyarakat, namun mangsa dikatakan mengamalkan kaedah rawatan tidak selari dengan Islam.- Katanya.

Dibenar tangguh hukuman dengan ikat jamin…

Semua tertuduh telah memohon penangguhan hukuman untuk kemukakan rayuan. Mahkamah membenarkan penangguhan dengan syarat jaminan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 setiap seorang.

Keempat-empat mereka dibebaskan buat sementara selepas membayar jaminan.

Kes ini memberi pengajaran penting kepada masyarakat agar berhati-hati dalam memilih rawatan dan memastikan hanya pengamal yang sah dan berlesen yang diberikan kepercayaan. Pihak berkuasa akan terus memperketatkan pengawasan terhadap amalan perubatan tradisional bagi melindungi keselamatan rakyat daripada insiden seumpama ini.

Kredit: Sinar Harian via OhMedia