Fattah Amin Tak Lepas Pandang Amira Othman, Netizen Gelak Panahan Cinta Bang Long!

Video rakaman secara senyap-senyap memaparkan gelagat pelakon Fattah Amin yang sedang menjalani penggambaran bersama Amira Othman kini menjadi tular dan mencuri tumpuan netizen. Dalam video tersebut, mata Bang Long (nama manja Fattah) asyik memerhatikan Kak Long (Amira Othman) seolah-olah tak mahu lepaskan peluang untuk memandang. Ramai yang menggelar situasi itu sebagai ‘panahan cinta’ yang penuh sweet dan kelakar.

Kolaborasi antara Fattah Amin dan Amira Othman ternyata satu percaturan yang terbaik. Nama mereka menjadi sebutan dan ini membuatkan produk yang melantik pasangan ini sebagai duta semakin tinggi jualan mereka. Rissa Skin antara asbab pasangan ini semakin akrab dan selesa bekerja bersama-sama.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattahamiraa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah ketika sedang shooting bersama Amira. Fattah tidak menyedari aksinya itu dirakam oleh salah seorang kru yang berada di set penggambaran.

Menerusi video ini, kelihatan Amira sedang membaca skrip yang diterangkan oleh seorang kru. Fattah pula tidak dapat memberikan fokusnya kerana matanya asyik merenung wajah Amira yang berada di hadapan. Bukan sesaat dua renungan Fattah dan ianya renungan yang lama.

- IKLAN -

Memetik komen warganet, gelagat Fattah itu membuatkan mereka pula merasa tersipu-sipu malu. Pandangan mata Fattah itu menunjukkan hubungannya bersama Amira bukan setakat rakan sekerja tetapi sudah lebih daripada itu. Renungan yang penuh dengan perasaan sayang sehingga tidak berkelip mata Fattah dibuatnya.

Jom tonton video di bawah :

@fattahamiraa kenapa saya pula yg blushing ni 🤸🏼‍♀️🏃🏼‍♀️💨@Fattah Amin @Amira Othman #fattahamin #amiraothman #fyp #foryou #fypage #foryoupage #trending #malaysia ♬ Sesungguhnya Aku – Alif Satar

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Mata tu, mata tu.. meminta ek, neyyy hahah.. kita pulak yg blushing.. adoiii bang long. tak lari kak long tu.. FA Dan AO.. “

” Mata tak lepas pandang Mira.. pandangan tengah membiru tu, nampak love biru dekat depan hehe.. “

” Rakan sekerja tanpa berkelip mata.. mira prasan tu fattah tgk dia.. bile dah start pgg hidung pgg muka tu segan la tu.. “

” Aduh dua main pandangan cinta pulak.. rupenya ada kru yg rakam ek.. senyap senyap.. abg long pon nk pdg tu prhti la dlu ni tak, tenung tak tengok sekeliling.. “

” Lamanya tenung, Alamak apesal aku rasa badan aku mencair ni.. Org lain yg kena tenung aku yg cair.. aku lak yg blushing ni.. “

” Tak berkelip mata Fattah tenung Mira.. Dari panahan mata Fatah tengok Mira tu pon dh tau Mira ni seorang yg istimewa pd Fatah Amin lebih drpd teman sekerja.. “

” Fattah tau tak setiap apa dia buat Ada YG record…. adoii haha.. Tenung mcm tak nak lepas dari pandangan.. lain mcm tgk rakan sekerja.. “

Semoga ada jodoh antara Fattah dan Amira dan ramai yang ingin melihat pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk pasangan kesayangan ramai ini. Andai ada jodoh, pastinya tidak akan ke mana.

Moga video ini terus mendapat sambutan hangat dan memberi inspirasi kepada pelakon lain untuk berkongsi lebih banyak momen di belakang tabir. Siapa tahu, panahan cinta Bang Long dan Kak Long ini boleh berkembang ke layar besar suatu hari nanti!

Sumber : Tiktok Fattahamiraa