“Terima Kasih Untuk 18 Tahun…” – Rebecca Nur Al-Islam Tulis Kapsyen ‘Single Mother’, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam mencetuskan tanda tanya besar di kalangan peminat selepas memuat naik hantaran di Instagram yang seakan memberi bayangan rumah tangganya bersama suami, Datuk Nor Azam Sulaiman, telah berakhir.

Dalam perkongsian tersebut, Rebecca menulis kapsyen penuh emosi berterima kasih atas 18 tahun kebersamaan, sebelum menukar bio Instagram kepada “single mother of 7 kids” (ibu tunggal kepada tujuh anak).

“Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga awak sentiasa dalam keadaan sihat.
Terima kasih untuk 18 tahun memori bersama. Kita dah cuba yang terbaik, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang,” tulis Rebecca.

Netizen mula berspekulasi

Tindakan itu segera menimbulkan pelbagai spekulasi tentang status rumah tangga mereka, apatah lagi Rebecca dilihat menukar bio Instagram kepada “ibu tunggal”.

- IKLAN -

Di ruangan komen, ramai netizen menitipkan doa agar pelakon berusia 39 tahun itu terus tabah menghadapi dugaan, lebih-lebih lagi demi tujuh orang anaknya.

“Ya Allah, moga Rebecca terus kuat demi anak-anak. Kalau benar sudah berpisah, semoga ada hikmah terbaik.”

“Kalau betul berpisah, jangan bermusuh. Jadilah perpisahan yang baik demi anak-anak.”

“Sedih baca kapsyen. Semoga Rebecca bahagia walau apa pun ujian.”

Rebecca minta ruang, enggan ulas lanjut

Ketika dihubungi Gempak, Rebecca memohon agar diberi ruang dan masa sebelum memberikan sebarang kenyataan rasmi.

“Bagi saya ruang sekejap ya. Saya hargai. Terima kasih,” katanya ringkas.

Latar belakang rumah tangga

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nor Azam pada 14 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan enam orang anak kandung, selain membesarkan seorang anak angkat bernama Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun.

Sumber – gempak