“Tengok ayah sis ada iras dgn Andi la, InshAllah jodoh” – Netizen
Makin hari makin berseri sungguh selebriti cantik manis ini. Selain gojes dan nampak semakin berkeyakinan, makin ramai juga yang ‘mengintai’ dirinya. Ya lah… dah macam goreng pisang panas selepas berp1sah secara rasmi dengan pengarah, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu. Laku keras sungguh, pelakon, Puteri Sarah sebaik kembali solo ini.
Biarpun tuan punya diri belum memberikan apa-apa maklum balas lagi tentang status dirinya, ramai pula yang ‘merekemenkan’ orang tertentu yang dilihat serasi dengannya.
Akhir-akhir ini Puteri Sarah yang dilihat semakin rapat dengan rakan perniagaannya dari negara seberang, Andi Arsyil yang menetap di Jakarta, sampaikan ramai merasa mereka serasi bersama.
Jika sebelum ini ada yang kata wajah Sarah dah sampai macam Andi, terbaharu berkongsi wajah bapa dan ibunya di medsos, ada pula kata wajah Andi dah macam bapa Sarah. Adeh…
Bila wajah lelaki berdua itu dah nak dekat sama, tak kurang yang menebak mereka ada kemvngkinan besar boleh berjodoh. Dah macam tu pula ya…
“tengok ayah sis ada iras dgn andi laaa… in sya Allah jodoh”, “kan sis.. gambar kedua tu.. senyuman tu sama dgn AA.. hihi”, “Semuga tak lama lagi giliran Sara dan pasangan yang sering di doakan oleh netizen”.
“sama kita awak..ingat sy sorang yg kata muka babah PSL ada iras bentuk muka AA..muka pipi tembam..that’s my 2 cent thought..chill bah..gurau senda bawa bahagia..”.
Itu antara komen netizen. Dalam pada itu ramai juga suka melihat keakraban ibu bapa Sarah dengan anak perempuan mereka yang kini bergelar ibu tunggal anak dua itu.
Menariknya dalam video dikongsikan Sarah terlihat juga ibu bapanya, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh yang kelihatan sangat romantik berfoto bersama.
Apa pun kita doakan sahaja yang terbaik untuk Sarah dan anak-anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah. Mana tahu banyak sangat tebakan netizen, jadi kenyataan pula kan… dapat jodoh romantik macam bapanya juga.
Sumber: IG Puteri Sarah Liyana
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.