Rumah Tangga Jofliam Sedang Bergolak, Sedih Difitnah Berskandal Dengan Staf

Sebentar tadi, influencer dan juga usahawan terkenal, Jofliam membuat pendedahan mengejutkan mengenai pergolakan rumah tangganya bersama isteri, Cik Epal. Jofliam yang juga merupakan seorang pemilik bisnes makanan berkata konflik berkenaan sudah berlarutan sejak 4 bulan lalu hingga ia turut meletakkan perkahwinannya di hujung tanduk.

Saya ambil keputusan bercerita di media sosial kerana saya tiada medium untuk bercerita

 

Jelas Jofliam, segalanya bermula setelah dia membawa pasukan kerjanya bercuti ke Jepun. Sewaktu berada di sana, wujud beberapa masalah melibatkan kad kredit staf bernama Dewi sehingga akhirnya mencetuskan perbalahan serius sesama mereka.

 

Namun sekembalinya di Malaysia, segala isu duit telah diselesaikan dengan harapan ia tidak berpanjangan lagi.

 

 

Cik Epal marahkan saya kenapa saya sanggup mengaku saya pasang

Masalah seterusnya menyusul kepada Jofliam ketika dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pizanya. Untuk menunjukkan solidariti kepada negara bergolak, restorannya saat itu telah mengagihkan bendera percuma kepada pelanggan. Namun terjadi insiden pemasangan bendera terbalik sebelum kesilapan itu ditegur oleh Cik Epal. Lantaran sedang sibuk dengan bilangan pesanan yang banyak, Jo saat itu terus mengakui dialah yang memasang bendera tersebut. Malangnya, ada ‘seseorang’ yang maklumkan hal berbeza kepada Cik Epal lantas menyebabkan wujudnya salah faham lain. Keadaan semakin teruk bila mana kakak Jofliam yang turut bekerja di sana didapati menyampaikan hal-hal tidak betul kepada Cik Epal.

Selama 4 bulan, macam-macam fitnah kata saya selingkuh…Tapi tiada satu bukti

Meskipun berdepan fitnah berselingkuh, Jofliam tegas membidas perkara tersebut. Katanya sepanjang melayari perkahwinan bersama isteri yang dicintai, tidak pernah sesaat dia terfikir ke arah itu. Jofliam kemudiannya memaklumkan, status perkahwinannya dengan Cik Epal hanya akan diketahui pada bulan ini.

Selain kakaknya, Jofliam turut mendedahkan tentang ugutan yang dibuat oleh abang kandungnya sendiri.

KREDIT : Instagram Jofliam

Sumber:kisahdunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.