Remaja gagal hafal surah meninggal dunia, didenda lompat squat 100 kali

SEORANG pelajar lelaki maut selepas didenda melakukan lompat squat sebanyak 100 kali kerana gagal menghafal surah.

Mangsa berusia 14 tahun dari daerah Deli, Sumatera Utara di Indonesia disahkan meninggal dunia pada Khamis.

Ibunya, Yuliana Derma Padang berkata, mangsa dihukum oleh guru agamanya kerana tidak dapat menghafal ayat suci al-Quran.

“Keesokan harinya, dia mengalami sakit di kaki dan mula demam panas. Keadaannya semakin memburuk pada Rabu lalu dan terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas menjalani rawatan, dia didapati menghembuskan nafas terakhir pada Khamis,” katanya.

Susulan daripada insiden yang berlaku, guru agama terlibat dihentikan tugasan bagi membolehkan pihak jabatan pendidikan menjalankan siastan lanjut.

Dalam pada itu, Pemangku Setiausaha Wilayah Deli Serdang, Citra Efendy Capah mengesahkan pemberhentian guru agama berkenaan dan tugasannya diambil alih oleh guru baharu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.