Remy Ishak kini dah jadi ‘hot daddy’, isteri selamat bersalin anak sulung!

Aktor kacak berbakat besar, Remy Ishak, 40, memaklumkan isterinya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, hari ini.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menerusi hantaran di Insta Story miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,”maklumnya.


Maklum pelakon drama Hijrah Jannah, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,”ujarnya lagi.


Pada awal Mac lalu, Remy mengakui isterinya sedang hamil lima bulan sekali gus mengesahkan mengenai spekulasi orang ramai berhubung berita gembira itu.

Sekadar info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.

Sumber: Instagram @remyishak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.