“Dapat Ferrari..” Bell Ngasri dah selesai tukar nama kereta hadiah menang ABPBH

Kejutan buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

“Dapat Ferrari..” Bell Ngasri dah selesai tukar nama kereta hadiah menang ABPBH

Khabar gembira itu diumumkan wakil syarikat tersebut ketika pemenang trofi utama Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) terbabit diundang ke konti Hot FM, pagi tadi.

Di hadapan barisan penyampai stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan, individu tersebut membuat pengumuman yang disambut sorakan gamat satu konti.

“Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke depan (umum). Dengan ini saya mewakili syarikat ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” kata pemanggil bernama Fendi ketika berpeluang bercakap dengan Bell.

Sebelum itu KJ telah menyebut secara langsung mahu menuntut agar penggiat seni yang sudah 37 tahun menabur jasa itu diberikan kereta.

Katanya sambil bergurau, trofi kemenangan yang dibawa Bell termasuk untuk kategori, Artis Komedi Terbaik kemek disebabkan dia kecewa tahun ini tiada hadiah kereta.

Begitupun, pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri itu berkata, diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih pakej Umrah juga rezeki.

Daripada perbualan antara Fendi dan penyampai, nyata mereka telah berpakat memberikan kejutan kepada figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba itu.

Bell pula kaget seketika sebaik mendengar khabar gembira berkenaan dan hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

“Allahuakbar,” katanya.

Begitupun, dia tidak dapat dihubungi KOSMO! Online bagi maklum balas lanjut.

Jumaat lalu, fenomena Barkoba yang menjadi pencetus kempen melobi Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya menyaksikan aktor versatil itu mengungguli trofi utama ABP35.

Bell yang terkenal dengan slogan ‘yak yak yeay’ mengetepikan calon lain yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi itu iaitu  Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Kemenangannya direstui semua termasuk netizen serta rakan artis yang terus melayangkan ucapan tahniah kepadanya hingga ke hari ini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*