Video Sambutan Hari Raya Terakhir Arwah Ridzuan Hashim Jadi Perhatian Netizen. Rupanya Ada Sesuatu Yg Berlaku

VIDEO sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga pelakon dan pengacara Didie Alias kembali mendapat perhatian netizen selepas bekas suaminya, Ridzuan Hashim meninggal dunia pada pagi Khamis.

Apa menarik perhatian, sambutan itu turut disertai oleh Allahyarham yang diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan turut disertai oleh anak-anak mereka selain ahli keluarga lain.

Difahamkan, itu kali pertama sambutan hari raya secara besar-besaran Didie, 51, bersama Ridzuan selepas mereka bercerai sejak 21 tahun lalu.

Menerusi video berkenaan, Ridzuan, 61, kelihatan tidak bertenaga malah anaknya sempat merakamkan pelakon dan bekas model itu duduk di tepi kolam renang sambil termenung.

Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia | Astro Awani

Arwah juga dilihat tidak bermaya ketika berbual, selain kelihatan sugul dan tidak bersemangat walaupun dikelilingi suasana meriah sempena Syawal dan saudara mara.

Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya.

Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.

Didie sedih pemergian bekas suami yang tiba-tiba.

Didie turut mengesahkan pemergian bekas suaminya di Instagram.

Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.

Namun begitu, berita sedih diterima pada Khamis apabila, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain mengesahkan Ridzuan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi.

Iman memaklumkan arwah tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Didie menerusi Instagram miliknya turut mengesahkan berita pemergian Ridzuan dan memaklumkan jenazah masih berada di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan sebelum jenazah dikebumikan di Hulu Langat, Selangor.

VIDEO:

Didie turut memberi peluang kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan untuk menziarahi jenazah arwah selain turut memohon semua dosanya diampunkan.

“Saya memohon kepada semua, sesiapa yang ingin menuntut hutang boleh menghubungi saya. Ampunkan dan maafkan Allahyarham,” katanya.

Allahyarham dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Didie pada tahun 1991 namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Nurdania, 30, Mohd. Danial, 29, Dinie, 27, Danie, 25, dan Diana, 24.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Antara Dua Hati (1988), Hati Bukan Kristal (1990), Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Sri Dwi Malam (2001), Cinta 200 Ela (2002) dan KL Gengster.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM ke-9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*