“Tk pernah tayang kereta.. Steady tapan.. relax jer orangnya..ni baru orang kaya..” -netizen

Kereta mewah Jep Sepahtu, sekali lagi menjadi perhatian wargamaya selepas satu video memaparkan dirinya memandu kereta tersebut tular di media sosial.

Guna untuk kegunaan harian

Menerusi satu video dimuat naik rakan artis yang juga penyampai radio, Angah Raja Lawak memaparkan suami kepada Sari Yanti itu yang memandu kereta jenis Bentley GT berwarna hitam.

Dapat dilihat Jep sedang memandu keluar kenderaan mewah itu dari kawasan parkir tempat kerja untuk pulang ke rumah.

@semuabendanakviral Kereta jep sepahtu. Kaya #bently #jepsepahtu #fypシ @Jeptapan ♬ original sound – berita terkini

Lebih mengagumkan ialah, difahamkan Jep menggunakan kenderaan mewah itu untuk kegunaan hariannya pergi ke tempat kerja.

Artis yang tidak menunjuk

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pelawak berusia 38 tahun itu yang sama sekali tidak pernah memaparkan kenderaan mewah tersebut di media sosial.

Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir warganet yang ‘pening’ memikir harga nombor plat kereta Jep yang hanya menggunakan dua digit nombor sahaja.

Sumber: TikTok

[redirect url=’https://klik.vip/bbw-repack’ sec=’15’]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*