(VIDEO) Rupanya ini punca 30 jurugambar jalanan depan KLCC dikompaun RM2,000 seorang

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2025 — Hampir 30 jurugambar jalanan yang menawarkan khidmat fotografi tanpa lesen di hadapan Suria KLCC dikenakan kompaun RM2,000 seorang hasil operasi bersepadu “KL Strike Force” malam tadi.

TONTON VIDEO :

@ohbulanofficial Replying to @𝔸𝕡𝕒𝕜𝕄𝕚𝕤𝕒𝕚 Hampir 30 jurugambar jalanan dikompaun menerusi satu operasi bersepadu oleh KL Strike Force di KLCC, di Kuala Lumpur, semalam bagi menangani pelbagai isu yang timbul membabitkan golongan itu baru-baru ini. Sumber: Berita Harian #ohbulan #fyp #news #jurugambar #klcc #disaman ♬ original sound – Y3llO

Operasi bermula kira‑kira 9 malam melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tindakan diambil di bawah Undang‑Undang Kecil 3(1) Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Menurut sumber operasi, berlaku sedikit kekecohan apabila salah seorang jurugambar enggan memberi kerjasama, namun situasi berjaya dikawal. Selebihnya akur ketika butir peribadi direkodkan sebelum notis kompaun diserahkan.

- IKLAN -

Seorang jurugambar berusia 20‑an yang enggan dikenali mengakui ini kali pertama mereka disaman.

“Kalau hari‑hari kena saman, botaklah kepala saya. Mereka ada kata mungkin akan sediakan lesen, kita tunggu,” katanya, menambah kompaun RM2,000 terlalu tinggi untuk ditanggung.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu mengambil kesempatan terhadap pelancong asing, menyifatkannya sebagai “salah faham” antara jurugambar dan pelanggan.

TONTON VIDEO :

@xtra_my Seorang pelancong dari Thailand mendedahkan pengalaman di KLCC apabila jurugambar menawarkan sesi bergambar dengan bayaran RM20 seorang, kemudian menuntut sehingga RM860 untuk 43 keping foto. Kecewa tiada tindakan pantas DBKL atau polis walaupun isu sama juga berlaku di Jambatan Saloma, mangsa nasihatkan pengunjung lain gunakan telefon sendiri untuk elak penipuan. #xtra #fyp #jurugambar #klcc #scammer ♬ original sound – XTRA

@ohbulanofficial Banyak sangat dah kes camni 🥲🥲 #ohbulan #fyp #apakes #jurugambar #dihalau #pelancong #bergambar #klcc ♬ 最新事件紧急播报新闻紧张气氛战争 – 伴奏 – 大事件短视频新闻 背景音乐

 

Operasi bersepadu tersebut digerakkan susulan beberapa aduan orang awam serta klip tular yang mendakwa jurugambar jalanan mengenakan caj tinggi dan mendesak bayaran daripada pelancong.

DBKL menegaskan khidmat fotografi berbayar di kawasan awam hanya dibenarkan jika pengendali memiliki permit sah. Premis atau individu yang berhasrat menawarkan perkhidmatan itu diminta memohon lesen penjaja bergerak bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan pada masa depan.

Sumber – says.my