“Rupanya Ini Sbb Knp Jen4zah DiKebumikan Pahang Bukan Di Kg Halamannya Di Sarawak”

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang maut dipercayai dibunuh oleh kenalannya telah selesai dituntut oleh ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga beredar dari pekarangan hospital pada pukul 2.05 petang.

Terdahulu, abang mangsa, Mohd. Farriza Amir, 28, mengesahkan jenazah Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan, Pahang sekitar pukul 6 petang hari ini.

Abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Amir Abdullah menghargai semua pihak yang membantu keluarganya menguruskan jenazah adik bongsunya.

Mohd Farizza ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini hari ini selepas adiknya selamat dikebumikan ternyata tidak dapat menahan sebak.

”Saya nak ucap terima kasih media, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bantu kami sepanjang dan pihak Hospital Sungai Buloh bantu sehingga selesai urusan.

”Saya minta doakan adik saya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Mohd Farizza berkata, tanah perkuburan itu dipilihnya kerana lokasi berkenaan merupakan kampung halaman isterinya.

”Pekan dipilih kerana saya kahwin dengan orang Pekan kerana urusan dimudahkan saudara-mara kenal di sini,” katanya.

Katanya, sebelum itu jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai 204, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai oleh pihak polis di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit –Kosmo, MG

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.