“Rupanya itu Petanda Allah nak jemput dia..” Ibu Dedah ini Ini Permintaan terakhir anak…

‘Rumah dirempuh semasa kami tidur, berat ujian hilang dua anak’

PEKAN – “Kejadian berlaku begitu pantas. Treler itu rempuh rumah semasa kami sekeluarga sedang tidur,” kata Norrulaini Mohd Hassan, 54.

Norrulaini berkata, tidak tertanggung ujian dihadapi apabila insiden itu meragut nyawa dua anaknya.

“Saya tidak boleh nak cakap, tidak tertanggung kehilangan mereka, rasa hati saya ALLAH sahaja yang tahu,” katanya ringkas ketika ditemui Sinar Harian di Masjid An Nur Ketapang Hilir di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, treler membawa barangan pelbagai dipandu oleh pemandu disyaki postifif dadah terbabas dan melanggar rumah jenis separuh kekal didiami lima sekeluarga di Kilometer 5 Jalan Pekan/Nenasi/Rompin di Kampung Ketapang Hilir di sini awal pagi Sabtu.

Mangsa, Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris, 21, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.

Dalam insiden itu Norrulaini, suaminya, Nasruddin Othman, 60, dan rakan kepada anaknya, Muhammad Gabriel Miqhael Muhammad Faidzal, 19, mengalami kecederaan.

Norrulaini memberitahu, Allahyarhamah Nurnazatul Fasiha yang merupakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sering meminta untuk tidur bersama dengannya sejak sebulan lalu.

Dia tidak menyangka permintaan tersebut petanda anak kedua daripada empat beradik itu mahu pergi selama-lamanya.

“Sebulan dia (Nurnazatul Fasiha) hendak tidur dengan saya dan dia tidak mahu tidur ditempat lain.

“Ini adalah petanda rupanya ALLAH hendak jemput dia,” katanya dengan nada sebak.

Van membawa jenazah Nurnazatul Fasiha dari Hospital Pekan ke Masjid An- Nur Ketapang Hilir, di sini untuk disembahyangkan pada Sabtu.

Van membawa jenazah Nurnazatul Fasiha dari Hospital Pekan ke Masjid An- Nur Ketapang Hilir, di sini untuk disembahyangkan pada Sabtu.

Sementara itu, abang sulung kepada mangsa, Mohd Fakrul Hafiz, 35, mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa keluarga.

Kredit – Sinar Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.