Satu2 nya video Kenangan Indah ttg arwah farhan tersebar,Adik Bongsu arwh kongsi memori indah bersama abg kesayangan wlu pun tiada lagi, memori indah kekal abadi
Video Adik Bongsu Allahyarham Zulfarhan Berkongsi Perangai Dan Kenangan Indah Bersama Abangnya Menyentuh Hati Ramai. Walaupun Tersenyum, Adik Tahan Sebak Bercerita Tentang Abangnya Yang Telah Pergi Buat Selamanya.
Hari ni pihak Radio Era telah menjemput bapa dan ibu kepada Pegawai Kadet Laut, allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Encik Zulkarnain Idros dan Puan Hawa Osman hadir ke studio. Rupa-rupanya bukan bapa dan ibu arwah sahaja yang dijemput, adik bongsunya turut hadir ke konti Radio Era.
VIDEO:
@era.je Adik bongsu kongsi kenangan manis dan perangai abang kesayangan, Allahyarham Zulfarhan. Sebak dengar cerita ni hmm #ERARadioNo1PalingLegit #HentikanBuli ♬ original sound – ERA
Menerusi perkongsian di akaun Instagram era.je, penyampai segmen 3 Pagi Era telah bertanya antara kenangan-kenangan indah adik arwah Zulfarhan dengan abangnya itu. Kedengaran ada getar pada suara adik Zulfarhan ketika memulakan bicaranya.
Menurut adiknya, Zulfarhan seorang yang suka mengusik, lebih-lebih lagi apabila adiknya itu sedang duduk berseorangan.
Antara kenagan lain, kadang-kadang mereka juga mengambil gambar bersama. Mereka juga pernah berpakat untuk prank ibu mereka.
Perkongsian ini sekali lagi membuatkan ramai yang tersentuh dan sebak mendengar cerita adik Zulfarhan. Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat hanpir 8000 tanda suka dan juga 100 lebih komen yang ditinggalkan oleh warganet.
Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang dipikul oleh keluarga arwah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Mmg dia suka usik adik dia dan sgt rapat antara mereka berdua.. the best part bila masuk waktu solat arwah akan mtk adik dia pegi solat dgn tegas tp lembut.. ”
“Korang perasaan & suara adik bongsu sebak & terkeluar kata kata, bergetar.. ehh aku yg nanges.. betul lah Allah uji untuk hambaNya yang mampu..
” 7 tahun.. kejap je masa berlalu. Mungkin ms tu adik bongsu dia pun bru msk sekolah menengah?
Mmg dim umur? yg tgh rapat dgn abg.. ”
” Cantiknya adik arwah, Itulah jaga diri elok2
abang dah x ada.. Semoga Mak Cik & Pak Cik dikurniakan kebahagiaan hidup dunia hingga
akhirat.. ”
“Sya nangis lagi utk kesekian kalinya, sya cuma mengikuti kes ni dri awl dlu, dan sehingga kini sebak sgt mndgr segala perkongsian dan kenangan yg sgt dirindui ahli keluarga.. ”
” Sebaknya.. ternangis lah pulak.. Allah, awk sgt merindui arwah abg kan, temukn mereka d sane nti ya Allah.. Sedih bila ingt kenangan… xleh dh nk cipta kenangan.. Al fatihah. ”
Pastinya kenangan usik mengusik antara abang dan adik menjadi kenangan yang terindah buat adik
Zulfarhan selepas pemergian abangnya dan tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan buat allahyarham Zulfarhan di sana. Amin.
Sumber : Era