“Saya Cembvrv, Pengakhiran Hayat Jojo Sangat Indah” – Bandi Amvk

Vokalis Bandi Amuk, 61, cemburu dengan kematian bekas anggota kumpulan rap, One Nation Emcees (ONE), Allahyarham Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Baias, 50, pada 26 Januari lalu.

Bandi atau nama sebenarnya, Nasabandi Jumat berkata, kematian arwah Jojo memang dicemburui ramai kerana pengakhiran hayatnya berlaku di tempat baik dalam masjid dan majlis ilmu.

“Saya cemburu sangat. Bagi saya, arwah seorang yang baiklah. Sebab itu, kematiannya cara dimuliakan. Saya pun selalu berdoa kepada Allah agar ‘diambil’ dalam keadaan baik dan ‘husnul khotimah’.

“Setiap kali lepas solat, saya selalu minta, ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau muliakanlah kematianku’. Termasuk, setiap kali bersujud dan ketika memberi salam, itulah doa yang saya mohon pada Allah,” katanya kepada Harian Metro.

- IKLAN -

Bandi dan arwah Jojo saling mengenali, tetapi tidak rapat kerana masing-masing terbabit dengan aktiviti dakwah.

Ditanya juga persahabatan antara mereka, Bandi berkata, dia dan arwah saling mengenali, tetapi tidaklah rapat kerana masing-masing terbabit dengan aktiviti dakwah.

“Antara kami saling kenal kerana menyertai aktiviti dakwah. Malah, pembabitan arwah dalam majlis Ijtimak Dakwah di Masjid Jamek Sri Petaling saya tahu sebab ada ramai rakan dalam kumpulan ini.

“Saya sendiri pun pernah keluar berdakwah selama tiga hari. Jadi, arwah memang insan sangat baik dan bukan semua orang diambil nyawa secara ‘cantik’ sangat,” katanya.

Menurut Bandi, dia sememangnya sudah ke arah keagamaan dalam mempersiapkan bekalan diri untuk menghadap Allah, namun dari segi imej masih dikekalkan lagi.

“Saya pun sekarang sudah ke arah itu (belajar ilmu agama). Tapi, imej saya (rambut panjang) buat masa ini, masih tidak boleh ditukar. Sebab, saya terikat dengan kerja dan perlu dilaksanakan dahulu.

“Cuma, apa yang penting, kita tidak melupakan ‘Dia’ (Allah). Sebab itu, kalau menyanyi dalam konsert, karnival jualan atau di mana-mana sahaja, saya selalu ingatkan peminat agar sayangkan Allah, sayangkan Nabi, hormat ibu bapa dan jangan ada hasad dengki.

“Ini kerana, memberi pesan yang baik-baik juga adalah tanggungjawab kita. Macam kematian arwah, saya rasa ia adalah perkara istimewa yang jarang-jarang terjadi kepada orang lain,” katanya.

Ahad lalu, Allahyarham Jojo dilaporkan meninggal dunia di Masjid Jamek Sri Petaling, kira-kira jam 1 petang ketika mengikuti program Ijtimak Dakwah dan tiba-tiba rebah selepas pembacaan doa penutup program.

Terdahulu, Bandi ditemui selepas sidang media Konsert Kasi Gegar: Cromok vs Amuk yang bakal berlangsung di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan pada 26 April depan, jam 9 malam.

Konsert Kasi Gegar: Cromok Vs Amuk anjuran YNS Event Management adalah kali pertama menggabungkan band ‘thrash metal’ terkenal tanah air beraksi di pentas yang sama.