[VIDEO] Selepas Staf Puspakom, Anggota JPJ Pula Ditumbuk Lelaki di Kuantan

SEORANG lelaki bertindak luar jangka apabila menumbuk seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, kejadian yang dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang melihatkan seorang pemuda bertindak agresif semasa didatangi pegawai JPJ.

Situasi tegang berlaku selepas sebuah kereta berwarna hitam datang menghampiri sebuah lori dan kenderaan rasmi JPJ.

Ia menimbulkan situasi tegang melibatkan beberapa individu. Punca sebenar kejadian masih lagi tidak dapat diketahui namun mengikut video tersebut, tiada sebarang kecederaan serius atau kerosakan terjadi.

Sebelum ini, tular seorang warga emas menampar pegawai Puspakom di Johor Bahru, Johor selepas berang dalam ujian brek.

- IKLAN -

Warga emas itu kemudiannya didenda RM1,600 oleh mahkamah.

VIDEO :

@hmetromy

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menegaskan bahawa video tular yang memaparkan kekasaran berlaku membabitkan anggotanya dengan seorang lelaki hanya demonstrasi. #BeritaTikTok

♬ original sound – Harian Metro