‘Saya Wanita Paling Bahagia Dengan Fatima Di Sisi’ – Nur Fazura Balas Komen Peminat

Nur Fazura

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin, sekali lagi menyentuh hati peminatnya dengan respon tulus yang diberikan kepada seorang pengikut di media sosial, menegaskan bahawa kebahagiaan terbesarnya kini adalah bersama cahaya mata kesayangannya, Nur Fatima Aisya.

Interaksi tersebut bermula apabila seorang pengguna media sosial bernama Iamfarahanaamira meninggalkan komen yang penuh dengan kata-kata semangat buat Fazura. Pengikut itu menyatakan bahawa status seorang wanita tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya ia adalah satu perjalanan indah untuk menemui kekuatan diri dan mencipta kenangan terindah bersama anak.

Nur Fazura

“Ia peluang untuk menemui lebih banyak kekuatan, mencipta kenangan indah bersama Fatima, dan menghargai cinta yang benar-benar bermakna,” tulis peminat tersebut.

Tersentuh dengan sokongan padu yang diterima, Fazura membalas komen itu dengan mesej yang penuh rasa syukur. Beliau memberi gambaran jelas bahawa kebahagiaan utamanya kini adalah fokus kepada anaknya.

- IKLAN -

“Percayalah bahawa saya adalah wanita yang paling bersyukur dan paling bahagia dengan cinta hati saya, Fatima, di sisi,” balas Fazura.

Sambil menzahirkan rasa terima kasih, aktres jelita itu turut mendoakan agar segala kebaikan berbalik kepada peminatnya itu.

Nur Fazura

“Saya mendoakan awak dilimpahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi dan segala doa baik berbalik kepada awak,” tambahnya.

Interaksi positif ini mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara Fazura menghargai peminatnya serta keperibadiannya yang sentiasa memberi inspirasi, terutamanya dalam menonjolkan kasih sayang seorang ibu.

Sumber – OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply