“Emak dah tak kenal siapa Nurshahila lagi, mak tak redha” Luahan ibu Shila Amzah
Awal pagi tadi sekitar jam 2 pagi, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman telah memuatnaik luahan hatinya tentang apa yang terjadi antara keluarganya.
Fauziah menerusi laman media bernama Mamazie, telah menulis karangan panjang buat anak sulungnya itu.
Kata Mamazie, dirinya amat sedih dengan apa yang terjadi, dan sudah tak mengenali Shila Amzah lagi.
Jelasnya, sebagai ibu dirinya dah tak kenal lagi siapa Shila Amzah.
Bekas isteri ND Lala ini juga nafi ada melebihkan mana-mana anak.
Ini nukilan hati dari ibu Shila Amzah seperti dilaporkan di portal Mstar.
“Buat anakku Nurshahila, yang emak dah kandung selama sembilan bulan, yang emak lahirkan, menyusukan dan membesarkan selama ini.”
“Emak sudah pun hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri emak di usia yang tinggal sisa ini.”
“Sejujurnya, emak dah pun tak kenal siapa dengan Nurshahila lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak memenangkan adik-adik.”
“Tak pernah ada sikap lebihkan anak yang mana, Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama saja untuk setiap anak-anaknya biarpun ada mereka yang hebat, kaya, degil, nakal dan sebagainya.”
Fauziah juga berkata, dia banyak berkorban menjaga Shila, menemaninya, dan bangga dengan kejayaan anaknya itu.
“Nurshahila dah nyanyi sejak kanak-kanak namun itu semua atas rela jiwanya sendiri tiada sebarang paksaan.”
“Mungkin apa yang emak korbankan ke sana-sini teman Nurshahila hanya kewajipan emak sebagai ibu, mungkin tiada budi dan pengorbanan emak tentang itu.”
“Emak berbangga dengan kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin semua kejayaan itu bukan doa emak.”
Fauziah juga berkata, dia sebagai isteri, hanya mengikuti aturan dari suaminya saja.
“Emak hanya seorang isteri yang taat dan turut apa aja yang diatur oleh bapa Nurshahila.”
“Adakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga? Sampaikan duit tu dikatakan habis, kita pun tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya.”
“Kita berdua hanya di hantar ke China untuk berkerja. Tanyalah diri dan kamu pun dah tahu siapa yang menghabiskannya.”
Menyentuh isu rumah, Fauziah melabel rumah berkenaan sebagai rumah pusaka.
Ternyata Fauziah tersentuh hati kerana Shila Amzah menghemburkan kata kurang baik terhadapnya hanya kerana sebuah rumah.
“Hanya kerana rumah pusaka ni, tergamak Shahila mengeluarkan kata kesat kepada emak.”
“Tidak tergamak mak nak tulis kata itu. Benar, memang Shahila tidak halau emak tapi kata-kata Shila tu, emak faham.”
Fauziah Sarman juga sempat memberi luahan hati tentang individu yang dilabel sebagai orang luar, yang mungkin ditujukan kepada Aini dan juga Ubai.
“Kepada orang luar yang pernah emak tatang macam anak sendiri, terima kasih sebab layan emak sebegini.”
“Untuk orang luar yang baru memiliki Nurshahila, terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian. Kita tak ada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah.”
Fauziah Sarman atau Mamazie akui dirinya terluka dan terkilan di atas perbuatan Shila Amzah itu.
“Hati emak ni dah dikisar halus. Emak bersuara sebab maruah emak. Banyak rahsia yang disimpan oleh mak, sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.”
Kata Fauziah lagi, buat masa sekarang dirinya tak mampu untuk memaafkan anaknya itu.
“Buat masa sekarang ni belum lagi mak mampu untuk maafkan, mak tak redha, cukuplah membohong.”
Luahan hati dari Fauziah Sarman, emak Shila Amzah dibuat sekitar jam dua pagi 13 Oktober.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.