Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut (VIDEO)

MUGLA – Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

Dua juruterbang, seorang doktor dan seorang petugas kesihatan maut apabila helikopter yang dinaiki terhempas di bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese, Mugla, lapor Agensi Anadolu.

@501awani

Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik. #AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

PASUKAN penyelamat memeriksa bangkai helikopter yang terhempas di Mugla yang mengorbankan empat orang. FOTO DHA/ AFP.

- IKLAN -

Pasukan bomba, petugas kesihatan, polis serta Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Akbiyik berkata, punca nahas sedang disiasat.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengesahkan bahawa tiada kerosakan di dalam hospital berkenaan.

Dua juruterbang, seorang doktor dan seorang petugas kesihatan maut apabila helikopter yang dinaiki terhempas di bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese, Mugla. – Gambar/ Sinar Harian

@rusiaindonesia09 🇹🇷Helikopter ambulans udara di Turki menabrak gedung rumah sakit dalam kabut tebal dan jatuh ke tanah, menewaskan 4 orang. #turkiye ♬ suara asli – Друзья России и Палестины39

Sumber- Bernama-AA