“Sekadar bertanya” Dato Aishah musykil, persoal pasangan duet dan juga lagu untuk minggu ke-4

Minggu depan akan berlangsung minggu ke empat All Stars Gegar Vaganza yang dinanti orang ramai.

Dengan tema nyanyian duet, ramai yang tak sabar melihat peserta berganding dengan para penyanyi jemputan yang lain.

Yang buat ramai tak sabar ialah, ada juga peserta bergandingan dengan penyanyi hebat seperti M Nasir, Jamal Abdlillah, Ziana Zain, Misha Omar dan ramai lagi.

Namun begitu, salah seorang peserta iaitu Dato Aishah ada menulis satu pertanyaan di laman media sosial miliknya.

Aishah yang akan berganding dengan Vince, telah tertanya tentang pasangan duet untuk minggu ke empat GV10 itu.

Antaranya, Aishah persoalkan ada peserta yang berduet dengan ahli keluarga sendiri, dan ada juga yang nyanyikan lagu sendiri.

“Memang hebat senarai artist yang akan turut serta buat persembahan minggu empat ni. Memang akan meriah dan sudah tentu akan trending, confirm.”

“Saya ada menyemak semula senarai lagu dan sini ada sedikit kemusykilan.”

“Apabila melihat senarai pasangan duet ini,ada yg akan menyanyikan lagu mereka sendiri dengan peserta. Ada juga berduet bersama family member.”

“Yang lain pula, biasalah mereka akan berpasangan duet dengan partner yang jarang jumpa, atau mungkin tak pernah jumpa.”

“Setahu saya, pasangan duet ni juga dihakimi. Oleh itu, macam mana jika nak bandingkan duet yang baru dengan duet yang dah lama tak jumpa. Mereka juga nak kena hafal lagu dan kaji lagu lagi.”

“Ini jika nak dibandingkan dengan mereka yang nyanyi lagu sendiri.”

“Selain itu, hubungan serta serasi antara orang asing dan juga serasi ahli keluarga pun lain, akan sangat berbeza.”

“Permarkahan macam mana yang akan diberikan kepada pasangan duet yang baru ni dengan peserta yang nyanyi lagu sendiri dan juga berduet dengan pasangan yang mereka kenal seumur hidupnya.”

“Saya ni sekadar bertanya saja.”

Itulah kenyataan dari Dato Aishah tentang lagu serta pasangan duet untuk minggu ke empat All Stars Gegar Vaganza Ahad ini.

Jika dilihat, peserta yang menyanyikan lagu sendiri pada minggu depan ialah Ezad yang akan bersama Mamat membawa lagu Exist iaitu Untukmu Ibu.

Peserta yang menyanyi dengan ahli keluarga pula ialah Aliff Aziz yang bergandingan dengan adiknya, Aisyah Aziz.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.