Comel betul, Baru 2hari Remy Ishak Umum keadaan terkini

Pelakon Remy Ishak memaklumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata sulung sekitar jam 11.17 pagi tadi di hospital swasta di ibu kota.
Remy atau pemilik nama penuh, Mohammad Zalimie Ishak berkongsi khabar gembira itu menerusi paparan di Instagram Story miliknya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah… Isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.
“Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” tulisnya menerusi paparan yang sama.
Remy Ishak kongsi perkembangan anaknsulung yg batu lahir. Remy dan isteri timang anak lelaki.

Tak sabar nak tengok wajah kacak Remy Ishak & Ezza Yusof Jr. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Menerusi perkongsian sebelum itu, Remy berkongsi momen yang mana isterinya sedang menahan sakit menunggu masa untuk melahirkan.
Malah, Remy turut memberikan kata-kata semangat agar urusan bersalin Ezza berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sekitar Mac lalu, Remy mengesahkan isterinya hamil lima bulan sekali gus menamatkan spekulasi berhubung perkara itu. Jelas Remy, dia tidak berniat untuk merahsiakan kandungan isterinya kerana mahu memastikan kehamilannya berjalan lancar dan kuat.

Remy berkahwin dengan Ezza pada 21 Ogos 2021.
Sumber : HMetro
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.